Muzik video Memories_(lagu)

Latar belakang dan keluaran

Diarahkan oleh Anusha Peterson dengan konsep asal oleh Adam Kidron,[12] muzik video untuk "Memories" telah dirakamkan di penghujung Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert pada 2 April 2016.[1] Semasa rakaman, beliau memakai busana rekaan Rizman Ruzaini.[14] Pada Oktober 2016, Siti mengatasi penundaan keluaran muzik video itu bersama Sinar Harian.[23] Beliau berkata Yonder Music Malaysia telah memaklumkan kepadanya yang mereka untuk menyelesaikan isu berkenaan imej berhakcipta.[23] Pada 22 November 2016,[24] semasa majlis ulang tahun pertama Yonder Music Malaysia, ia telah diumumkan bahawa muzik video "Memories" akan dipromosikan kepada Astro pada 10 Disember 2016.[25] Sehari sebelum penyiaran muzik video berkenaan, dua video teaser untuknya telah dimuatnaik oleh Yonder Music Malaysia di akaun YouTube mereka.[19][19] Pada 10 Disember, muzik video "Memories" telah disiarkan serentak di Astro Ria dan Astro Ria HD[22] sebelum ia dimuatnaik di akaun YouTube rasmi Yonder Music Malaysia.[12]

Sinopsis

Muzik video lagu "Memories" telah dirakamkan secara berasingan untuk Siti dan Houston. Semua adegan yang melibatkan Houston dan wajah semiripnya telah difilemkan dalam hitam dan putih. Video muzik bermula dengan kesan projektor filem audio dan visual di mana tempat-tempat di mana Houston membesar di East Orange, New Jersey[26]akan ditunjukkan - termasuk imej Gereja New Hope Baptist, tanda jalan Dodd Street (di mana rumahnya terletak),[27] sekolah rendah lama beliau, Sekolah Franklin (dinamakan semula kepada Akademi Kreatif dan Seni Persebahan Whitney E. Houston pada tahun 1997)[27] dan rumah beliau semasa kecil. Dalam adegan seterusnya, Houston muda ditunjukkan untuk menyediakan dirinya di hadapan cermin sebelum menuju luar rumah lama beliau di mana teksi yang sedang menunggu untuknya, bersedia untuk membawanya ke sebuah studio rakaman.[27] Dalam adegan seterusnya, persediaan untuk Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert sedang diadakan di Stadium Negara. Adegan 1982 di Amerika Syarikat dan 2016 di Malaysia akan ditunjukkan satu demi satu sebelum kad tajuk untuk video muzik dipaparkan. Sepanjang pengenalan, seorang perawi lelaki menceritakan latar belakang lagu, sejarah, dan kerjasama bersejarah antara Siti dan Houston dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Dalam bahagian utama video muzik, ia bermula dengan adegan yang menunjukkan latar belakang di mana video Houston menyanyikan baris pertama lagu dalam sebuah studio rakaman. Kemudian, Siti dilihat untuk menyertai unjuran video Houston dalam menyanyikan lagu itu kembali ke Malaysia semasa beliau sedang disokong oleh sekumpulan pemuzik di atas pentas. Di antara adegan di mana Houston adalah di studio rakaman di Amerika Syarikat dan Siti adalah pada pentas di Malaysia, adegan yang menunjukkan penonton melambai peranti mudah alih mereka (dengan lampu mereka menyala) di udara akan ditunjukkan. Sepanjang video, Siti dan Houston bergilir-gilir menyanyikan lagu itu sebagai solo dan sebagai duet. Video muzik berakhir dengan Siti menyimpulkan persembahan dan gambar Houston ditunjukkan di belakang beliau pada latar belakang yang besar untuk sorakan penonton yang hadir. Video muzik diakhiri dengan kredit penutup menyebut pihak yang terlibat dengan keseluruhan projek.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Memories_(lagu) http://www.budiey.com/ulasan-konsert-dato-siti-nur... http://www.nj.com/news/index.ssf/2012/02/students_... http://www.nytimes.com/2012/02/17/nyregion/in-east... http://www.star2.com/entertainment/music/2016/03/1... http://www.star2.com/entertainment/music/music-new... http://www.wsj.com/articles/SB860093336365480000 http://www.astrogempak.com.my/artikel/2905/siti-nu... http://www.bharian.com.my/node/130021 http://www.bharian.com.my/node/139947 http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=04...